Ahad, 8 Mei 2011

kenanggan.

lame jugak rasenye xbukak blog dengan fb.nak bukak pun dah malas..xde ape yang menarik pun nak taip,tapi taip jela bile bosan2 ni sebagai diari..mane la tau dah ada anak nanti,anak aku tejumpa lak blog bapak die time mude2.hahaha..baru la aku tahu yang betapa susahnye bile masuk zaman keje.sebelum ni bukan xpenah keje,keje jugak tapi 4time je.hahhaha.bile dah fultime ni rase macam perghhhhhh...ini kah dunia kerja,betapa susahnya nak dapatkan rezeki dan nafkah halal..bila dah masuk zaman keje ni baru la aku sedar,.dulu kecik2 mintak duit dengan mak abah tanpa segan silu dan pikir pun penat lelah.

.ayat-ayat yang aku ingt lagi masa zaman tadika.sebelum nak pegi tadika depan umh ni,aku tunggu dulu bapak aku balik anta akak-akak dengan abang pegi sekolah..
-abah nak duit macam akak..balik sekolah kag nak beli jajan dengan aiskrim...masa tu 10sen 20sen dah bole dapt jajan 1 dengan aiskrim pop.aku pun anak bongsu tanpa banyak suara bagi jela.lagi pun masa tu tengok akak-akak dengan abang dpt duit blnje 50sen.time tu jajan jela kegilaanku.ahahahaahaha

dah masuk zaman sekolah rendah pulak..aku sekolah jugak macam bise,belajar abc,menulis,membaca seperti murid2 lain..duit belanja ade jgk.pagi 50sen petang tuk sekolah agama 50sen.tapi time tu aku xmintak kat bapak aku macam masa tadika dulu 2,bapak aku garang gile,salah sikit abis la kene tibai dengan tali pinggang besar wrna putih die tu.die bagi 50sen tuk pagi dengan petang,tu yang aku selalu mintak kat mak je,sebab mak je yang bagi lebih.hahhaha.time tu xpikir pun dari mane duit tu,dari bapak aku jugak yang bagi tuk belanja duit dapur.


bile dah masuk zaman sekolah menengah ni len pulak..duit belanja ari2 bagi tapi xmakan pun...RM3.agak besar jugak masa 2.aku simpan,xmakan pun xpe.demi untuk motor untuk dibikin!!..masa tu jugak la aku pndai bawak moto,duit mmg abis kat moto la..dah pandai keluar malam minggu tengok race,dulu orang race xmacam sekarang,zaman sekarang punye mat moto lagi bahaya..belanja RM3,.beli dunhill7 sekotak Rm1.70,singgit balance aku simpan cukup bulan tukar ekzos moto dan lain2..macam tula rutin aku masa zaman tu..hahhaa.memang dunia ana yang punye masa 2....akibatnya smpai sekarang moto akak aku tu ade lagi depan rumh tersadai.sory kakngah nanti ucu ganti balik..sabar yek..hhheehhe

dh abis spm pun,aku xde hala tuju..pikiran banyak pikir tuk terus keje saja xde niat dalam hati pun nak sambng blaja..tapi dek kerana pakcik2,akak2,abng tiap kali datng pujuk dan ceramah aku,basuh aku,..aku cair jugak mase tu..sambung jugak la..makan pun dah save2,kene la jimat2 bila kat tempat orang..dah 2 macam2 aku jumpa patern manusia ni,banyak betul ragam..yang xpenah jumpa pun bole jumpa..xtau la orang cari ceruk mane..tapi aku wat hal aku ko wat hal ko,jgn kaco aku dah..

bile mengenagkan nasib..tiap-tiap kali aku outstation aku mesti nampak signboard iklan petronas yang buat aku kembali bersemangat untuk menuju kejayaan,.sudah separuh jalan,lagi separuh jalan je lagi..sabar,tabah mara ke hadapan..







TAK LUPA JUGA UNTUK IBU DILUAR SANA SELAMAT HARI IBU..walau pun ibu sudah tiada,kenanggan tetap masih ade,.selamat hari ibu kepada semua ibu2 diluar sana..kasih sayang ibu akan lebih bermakne bile ibu sudah tiada,.segala pengorbanan mu akan tetapku kenanG ARWAH JAWIYAH BTE OTHMAN....AMIN

Ahad, 20 Februari 2011

Besut,kelantan??

 lame xupdate blog ni.alhamdullah.ok la wat masa ni.pegi keje balik keje demi mengukuhkan dan menstabilkan kewangan.huhuhu.dah ada duit cikit kag bole la kawen.hahahha.bise la,bile dah kat tempat keje baru ni,banyak sesi borak-borak jela dari buat keje.sambil buat keje kenal-kenal la jugak dengan orang lame,kag cakap sombong lak bile tak betego.nak dijadikan cite..dalam sesi borak2 ni,

nama orang yie(bukan nama sebenar)dari cara cakap pun aku dah tau orang pantai timur,ganu o klantan tapi aku kurang pasti.sambil buat keje aku pun borak la

aku=yie mu dop mana(ala-ala orang pndai timur ckeet)hahhaha
yie=dop mano??aku btau mu nanti mu dop cayo(loghat orang pndai timur)
aku=la cakap jela,aku caye..sebab sebelum2 ni ramai gak kawan2 tempat aku blaja dulu dari belah2        terenganu dan kelantan.mana tau sedare mu ke.haahahha
yie=aku dok besut,kelantan.hahahaha..dengan suke ati die gelak.
aku=bukan besut terengganu ke?kan besut 2 sempadan kelantan je.
yie=hah..mu dok tau lagenda besut.hahahha.
aku=lagenda ape?
yie=ho..cito gini we..mu tau ayam tomoi?
aku=tau la,ayam laga kan?
yie=ha..ni cite dulu2 la,kawe pun xpasti.orang kata.crite jela bukan pape pun.
      dulu,raja kelantan dengan ganu men aye,taruh la besut,aye klate kaloh,pastu besut jadi la terengganu.hahahaha.pastu kalau mu g besut dorang kecek klate.mu jgn tekejut..kuat aye ganu ni.hahhaha.dengan suka ati die becerita.
aku=hahahha..la,yea2 je ko ni.
yie=aku pon cite ajo,suke2.gurau petang.ahhahaha.aku pun xtau betul ke x.
aku=o.xpela,nnti aku g ganu aku beli ayam.hahaha
yie=mu nak cari ayam mu cari benih ganu ori.hahaha
aku=aku xtau pasal ayam2 ni.tuk makan2 aku tau la.
yie=tok keje mu kalau main ayam ni,mandi kunyit la,buag kahak la,gilo mu nanti.
aku=hahahha..yela,aku beli aye hok make punya dah la..

o.mungkin crite2 orang2 lame kot,aku pun xtau betul ke x.bagi aku bise la 2,bila dah dok sempadan2 memang becampo adok la longhat masing2.aku pun balik,lantas aku tengok dalam internet ape yang dimaksudkan dengan ayam tomoi,laga,siam..hahahahaha..





   sekali bukak dah macam nama2 pendekar je ayam2 ni,aku pun xtau sangat pasal ayam ni,untuk pengatahuan saje..xde keje.hahaha.

Jumaat, 14 Januari 2011

tokeys

masalh yang sering dihadapi bile keje dengan tokey m.byr gaji lambat,kuat bebel,kedekut..tapi xsemua macam tu..
semuanya bermula dari sini..

aku =lu gaji berapa?
mynmar =saya pun xtau wo (slang2 myanmar cakap melayu)
aku =yaka (dalam hati,pergh berat r camni,dibuatnye kene tipu)

aku =kalau macam ni la gaye nye,nak buat keje pun xde semangat.kag penat2 sampai balik malam,xbyar lak   gaji.parah macam ni.

seminggu lepas 2.

aku =lu dah tanya bos gaji berapa?
myanmar =sudah..lu pegi la tanya.
aku =yaka..jap lagi aku pegi tanye.

dengan senang ati aku bejalan nak pegi bertanya.

aku =bos,gaji saya berape?
bos =xtentu la dik.tengok la macam mane.
aku =aik,boleh lak macam 2.
aku desak jugak.

aku =xkan la xtau bos mau bagi berapa.
bos =macam ni la dik, (sambil dok pk) acik berani bagi 20 ke 25 je.
aku =oo..k la mcm 2, (dalam ati aku ok je lagi pun aku orang baru.)

aku pegi lak dekat myanmar 2.

aku =itu bos bagi 20 ke 25 la win.
mynmar =ayo..
aku =apasal?
mynmar =saya dia bgi 45 wo..kalau  u gji rm20 mau makan apa?xboleh wo.
aku =oo..lu dh keja berapa lama?
mynmar =baru saja ma,20 25 hari..
aku =uit..saing2 aku masuk jugak,asl lebih lak.nak kata keje,lebih kurang je sama dgn aku.
mynmar =lu pegi tanya sama bos,ckit gaji kenapa.
aku =xpela la win,bia jela..
mynmar =saya kalau 20 pun xmau keja ma,itu kutip sampah pun 30 40 sehari.rugi wo.
aku =tah la win..bia jela,kag banyak bunyi pe lak orang 2 cakap.

sambil-sambil tu aku sambung buat keje,ala-ala orang malas..

ape aku nak buat ni..te pikir sejenak nasib ku,aku kene kencing ke atau ada sebab lain?xpela..sementara ni je,dapat gaji kag aku bla la..cari tempat lain.acik 2 xbayar gaji siap r..mmg besok keluar surat kaba,tokey M dibakar.hahahahahaa..

suke ati la pakcik.kalau pakcik baca ape yang saya tulis ni bagus la..mungkin ada sebab disebaliknya,.ingat ckit pakcik bab duit jangan main-main,acik nak bebel ke mara ke saya xkisah pakcik,bab-bab gaji jangan main-main,bulan depan pakcik nak pegi umrah,.selamat pergi dan baliknye pakcik.

Selasa, 7 Disember 2010

semua k.o

aku pun xtau la kenapa..pasrah jiwa parah..







dah seminggu beranak,seko-seko mati..sabar jela..

Isnin, 29 November 2010

setelah lame taring diasah,akhirnya tumbuh semula..

Harimau Malaya boleh tunjuk belang


Barisan pemain yang dijangka turun dalam kesebelasan pasukan Harimau Malaya.


MISI di Sukan Asia sudah dipenuhi. Skuad Harimau Malaya berjaya mara ke pusingan kedua dalam tempoh 32 tahun. Ia adalah satu peningkatan yang baik buat bola sepak negara di pentas antarabangsa selepas menggenggam kejuaraan Sukan Sea 2009.
Kini, cabaran seterusnya buat Malaysia adalah di pentas Piala Kejohanan Bolasepak ASEAN (AFF) yang akan membuka gelanggang pada 1 Disember ini.
Skuad negara diundi dalam Kumpulan A bersama Thailand, Laos dan Indonesia selaku tuan rumah.
Sepanjang penyertaan Malaysia di AFF, pencapaian terbaik hanyalah layak ke perlawanan akhir tahun 1996 iaitu pada penganjuran kali pertama kejohanan itu sebelum tunduk kepada Thailand 0-1.
Semenjak detik itu, tiada sebarang pencapaian istimewa yang boleh dibanggakan kerana Malaysia empat kali tersekat di separuh akhir dan gagal melepasi peringkat kumpulan pada tahun 2008.
Sedangkan pasukan jiran, Singapura dan Thailand begitu berbangga dengan kejayaan menjulang trofi itu sebanyak tiga kali sementara Vietnam akhirnya merasai nikmat bergelar juara buat pertama kali dua tahun lalu.
Membuka tirai saingan pada 1 Disember ini pasukan negara berhadapan Indonesia. Skuad kendalian K. Rajagobal itu berdepan ranjau berduri untuk membenam cabaran tuan rumah di Stadium Gelora Bung Karno kerana sudah pasti Indonesia akan bersemangat tinggi mahu menewaskan Malaysia.
Apa yang jelas, Harimau Malaya jelas tiada pilihan lain kerana perlu mengalahkan Sang Garuda jika berhasrat mahu membuka laluan ke separuh akhir dengan lebih mudah.
Selepas berdepan Indonesia, satu lagi cabaran besar menanti anak-anak buah Rajagobal iaitu mendapatkan tiga mata ketika melayani skuad Gajah Putih yang dibimbing oleh bintang legenda England, Bryan Robson.
Seandainya Malaysia mampu mencatatkan dua kemenangan atau mencatat satu menang dan satu seri, bekalan itu sudah cukup selesa kerana pada perlawanan terakhir yang dijadualkan di Palembang, skuad negara akan bertemu Laos.
Percaturan Rajagobal di AFF perlu berbeza dengan Sukan Asia kerana tenaga pemain Bawah 23 tidak boleh dipertaruhkan sepenuhnya apabila semua negara bertanding menghantar skuad senior menggalas cabaran di kejohanan bola sepak paling berprestij di Asia Tenggara.
Antara tonggak senior yang mungkin menjadi harapan Malaysia ketika aksi kumpulan di Jakarta adalah Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Azmi Muslim dan S. Kunanlan bagi mengekang kekuatan Sang Garuda dan Gajah Putih.
Malah kebenaran jawatankuasa AFF untuk membuka kelonggaran menggantikan tiga pemain yang cedera adalah satu berita yang menggembirakan buat kem Malaysia yang kehilangan Ahmad Fakri Saarani, Norhafiz Zamani Misbah dan Nasriq Baharom ekoran kecederaan di saat akhir.
Tiga nama baru yang menjadi ganti ialah bintang Kelantan, Indra Putra Mahyuddin, Mohd. Razman Roslan dan pemain Harimau Muda B, A.Thamil Arasu.
Menilai aksi Malaysia di Sukan Asia, beberapa posisi harus diberikan pujian seperti penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dan pertahanan yang memberikan aksi cukup positif.
Prestasi cemerlang itu memungkinkan Rajagobal akan memilih Khairul Fahmi sekali lagi menjadi pengawal di gawang negara yang mungkin menyukarkan peluang buat Sharbinee Allawee dan Farizal Marlias kembali mencuri slot penjaga gol nombor utama.
Tiga nama menjadi calon pilihan utama iaitu Mohd. Sabre Mat Abu, Khairul Helmi Johari dan Razman Roslan untuk menjaga benteng negara daripada dibolosi lawan di samping Azmi di bek kiri serta Mahalli Jasuli mengisi bahagian bek kanan.
Dua tonggak Harimau Muda, Muslim Ahmad dan Mohd. Fadhli Shas yang beraksi sebahagian besar perlawanan di Sukan Asia mungkin perlu direhatkan di bangku simpanan kerana jelas pengalaman masih belum memihak kepada mereka.
Di bahagian tengah, Baddrol Bakhtiar yang terlepas aksi di Sukan Asia kerana faktor kecederaan dan kapten, Safiq Rahim sambil dibantu S. Kunanlan akan menjadi watak penting sebagai perancang utama kepada serangan skuad negara.
Rajagobal dijangka akan menurunkan Norshahrul dan Safee mengemudi bahagian serangan selepas kehilangan Fakri Saarani yang terpaksa berehat panjang kerana kecederaan.
Apa yang pasti, kelibat Malaysia pada masa kini sememangnya amat digeruni oleh lawan terutamanya Indonesia dan ia terbukti menerusi kenyataan pengurusnya, Andi Darussalam Tabussala.
Menurutnya, kekuatan Malaysia selaku juara Sukan Sea 2010 wajar dihormati dan ia satu tugas berat buat negaranya kerana perlu berdepan skuad negara pada perlawanan pembukaan Kumpulan A.
‘‘Perlawanan dengan Malaysia menjadi kunci utama kepada kemaraan Indonesia ke pusingan separuh akhir dan kami akan cuba menggunakan kelebihan selaku pasukan tuan rumah, ’’ jelasnya.
Jika dinilai kenyataan itu, kekuatan Malaysia jelas semakin dihormati lawan di benua Asia Tenggara dan inilah peluang terbaik skuad negara meraih kejayaan pertama menjulang trofi Piala AFF Suzuki buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun.

Jumaat, 19 November 2010

bukit broga

ciplak daari metro..
Pendaki cemar Bukit Broga

SEMENYIH: Walaupun terletak pada ketinggian 400 meter dari aras laut, Bukit Broga tidak terlepas menjadi sasaran manusia tidak bertanggungjawab dan peka.
Apa tidaknya, keindahan bukit yang menjadi bualan ramai itu seakan terjejas apabila dicemari sampah- sarap yang bukan saja mencacatkan kecantikannya, malah menimbulkan persepsi negatif kepada pelancong luar.

Lebih menyakitkan mata memandang apabila tinjauan baru-baru ini mendapati papan tanda di puncak bukit itu menjadi tempat pendaki merekodkan kejayaan mereka menawan puncak bukit itu.
Tertanya-tanya adakah kesedaran sivik di kalangan rakyat ini terlalu rendah sehingga sampah dibuang di merata-rata tanpa mengira tempat.

Pendaki, Juliza Salleh, 25, berkata, pengalaman pertamanya sampai ke puncak Bukit Broga disambut dengan pemandangan tidak menyenangkan.

“Bukit ini mempunyai daya tarikan tersendiri kerana kecantikan dan keindahannya, namun semua itu bagaikan tenggelam apabila melihat longgokan sampah di merata-rata tempat.



bukit broga,salah satu tempat yang menarik disemenyih,kajang.dekat dengan ladang arnab 2 je.tatkala hujung minggu,kt situ la tempat riadah tuk aku dan kawan2.









waktu yang sesuai 6.30 pagi ke 9.00 pagi,petang pulak dalam kul 5 sampai magrib.keindahan matahari terbit dan tenggelam dapat dilihat.

pahang

 
salam 1 malaysia,lame post baru dalam blog ni.nak cite pasal arnab,camtu jela.xde berubah pape pun.baru nak mula balik.so kene la bsabar ckit dalam sebulan dua ni.dalam menuggu dan sementara mencari keje ni,cam bise la.bejalan ketempat yang bole jalan.huhuhu.kali ni aku ke negeri pahang pulak.disamping mengambil lesen kat sane leh la jalan2 kejap.

















berjalan-jalan untuk ketenagan jiwa.jao berjalan,luas pemandangan.