Jumaat, 19 November 2010

bukit broga

ciplak daari metro..
Pendaki cemar Bukit Broga

SEMENYIH: Walaupun terletak pada ketinggian 400 meter dari aras laut, Bukit Broga tidak terlepas menjadi sasaran manusia tidak bertanggungjawab dan peka.
Apa tidaknya, keindahan bukit yang menjadi bualan ramai itu seakan terjejas apabila dicemari sampah- sarap yang bukan saja mencacatkan kecantikannya, malah menimbulkan persepsi negatif kepada pelancong luar.

Lebih menyakitkan mata memandang apabila tinjauan baru-baru ini mendapati papan tanda di puncak bukit itu menjadi tempat pendaki merekodkan kejayaan mereka menawan puncak bukit itu.
Tertanya-tanya adakah kesedaran sivik di kalangan rakyat ini terlalu rendah sehingga sampah dibuang di merata-rata tanpa mengira tempat.

Pendaki, Juliza Salleh, 25, berkata, pengalaman pertamanya sampai ke puncak Bukit Broga disambut dengan pemandangan tidak menyenangkan.

“Bukit ini mempunyai daya tarikan tersendiri kerana kecantikan dan keindahannya, namun semua itu bagaikan tenggelam apabila melihat longgokan sampah di merata-rata tempat.



bukit broga,salah satu tempat yang menarik disemenyih,kajang.dekat dengan ladang arnab 2 je.tatkala hujung minggu,kt situ la tempat riadah tuk aku dan kawan2.









waktu yang sesuai 6.30 pagi ke 9.00 pagi,petang pulak dalam kul 5 sampai magrib.keindahan matahari terbit dan tenggelam dapat dilihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan