Jumaat, 26 Februari 2010

hari maulud(maulidur rasul)

selamat menyambut hari maulidur rasul...sam2 kite menghayatinya.amin..

Ahad, 21 Februari 2010

kene main

memang jenis aku melayan budak-budak,anak las kata kan,xde adik..dah 3 4 ari benda ni terjadi,asal aku nmpk budak tu je mesti teringat je peristiwa tersebut,memang agak kurang asam budak tu..tu la masalah bile budak2 petah bercakap..budak kecik tu memang aku kenal sangat..adik kepada rakan selepak..
macam biase aku balik keje bagi makan arnab2 aku,tengah bagi-bagi tu datang la seorang budak..memang budak tu  dengan geng-geng die selalu dtg tengok arnab umh aku.
aku bia jela..tibe-tibe die tanye..aku layankan jela..

budak kecik=bang..nape arnab abg kecik?abg xbagi makan cukup ke...
aku=th la,die mmg jns kecik
budak kecik=o..kt umh saye ada arnb besar peha bag(sambil die tunjuk peha die)
aku=yeke?banyak?(teruja sungguh aku time tu)
budak kecik=ada dalam 20 eko bag.
aku=yeke?mane dapat?
budak kecik=abah kite bawak dari tempat keje die
aku=OO...(bapak budak tu memang keje kt mardi,memang xpelik la)
budak kecik=dulu abah kite bagi makan rumput je,xde pun bagi makann cam abg bagi
aku=(cam mane aku nak explain bagi die paham ni)aku pun cakap la ni rmput dah proses dengan jagung pe semua
budak kecik=tu pallet la bag bukan rumput.hahhaha
aku=(cis,ko dah tau wat2 xtau rupenye)
aku=jom g tengok arnab kt umh ko
budak kecik=jom la,banyak bang..
budak kecik=anak-ank die semua putih mata merah
budak kecik=pastu anak2 die macam ank kucing
budak kecik=pastu kadang2 mak die makan anak die

aku=nz tu,nape xasingkan(makin teruja aku,dengan pantas aku pegi ke moto siap start moto lagi)
budak kecik=xtau abah kite,.pastu abah kite pegang kaki dengan tangan die
aku=nak watpe pegang?
budak kecik=bgi anak die minum susu
aku=oo..
aku=jom la g tengok..cepat la naik..
budak kecik=jap..nanti abah kite marah
budak kecik=slow2 die ke belakang

pehal budak ni

aku=cepat r naik..
agak jauh cikit dengan aku budak kecik tu saond

"arnab tu ada masa kite darjah 3,skrng kite dah darjah 5!abg g la tengok sorang-sorang"hahahahahah(sambil  lari sambil gelak-gelak....)
aku=kuag asam...

dalam ati aku,pergh...aku kene main dengan budak2,cilakak..patut la sebelum ni aku xpenah nmpk org bela arnb,rupenye dh 2 taun lepas..masa tu belum terjebak lagi dalm bela-bela arnab..secara xlangsung rumah aku xsunyi kerna ada budak2 menghangatkan suasana dan kenal otai2 yg pnh bela arnb sebelum ni.


gamba hiasan

Jumaat, 19 Februari 2010

kelebihan malaysia

iye.malaysia ialah sebuah negara beriklim khatulistiwa..hujan dan panas silih berganti.diluar lingkaran gunung berapi.dan macam2 lagi kelebihannya.macam sekarang ni musim panas.bagi seorang jurukimpal macam aku,kalau xpanas tu xsah la,stanby air sebotol dua,tapi xcukup.rase nak je rendam dlm sungai lame2.tapi kalau arnab macam mane lak?boleh ke?boleh tahan janji tidak secara terus..seelok-eloknye letak ditempat yg teduh.air sentiasa cukup.bile musim ujan pulak,seelok-eloknye tutup supaya air xmasuk secara terus dan membasahi arnab.bile dah basah tu la boleh bawak macam2 penyakit..
berbalik pada musim panas ni,aku sempat gak berbual ngan bangla tempat aku keje,ni kelebihan malaysia yg lain pulak...

aku=bai(aku pngil bangla tu bai)panas la bulan ni..boleh demam
bai=ayo,ini macam u cakap panas?dekat bangla lagi panas(bai tu cakap sambil makan limau,maklumla,raye    cine,asik makan limau je minggu ni)
aku=tu kat bangla la bai..
bai=yala..panas..bagus..
aku=u dah biase,mmg la..(tatkala bai tu makan limau aku pun saje tanye)dekat bangla ada pokok ape je bai?
bai=kt malaysia ada,bangla pun ada,epal,jambu,pisang,kelapa tapi 1 2 jenis ja tara..
aku=pokok ape?
bai=itu banyak2 buah..pnjg2..
bai=apa lah
aku=ape?nak ckp pun susah?kata dh 10taun kt mlysia.
bai=sikit jap la..kalau ari2 makan takpa.
bai= itu tajam2.
bai=petai sama durian la(sambil senyum)
aku=la....hahahahahahahaa(gelak besar)..
bai=kenapa u gelak(die pun gelak jugak)yala..itu pokok xboleh idup.kalau idup buah mesti kering..
aku=bai-bai....(banggo kejap!sambil gelak.hahahhahaa)


macam xpercaye je,mase kecik2 dulu,selalu gak men bwh pokok durian ngn petai ni kat kampung,daun die mmg lebat,bile lepak bawah pokok tu,memang syok.redup je..alangkah seronok waktu tu.

  
gambar hiasan




Isnin, 15 Februari 2010

anak arnab promosi

masuk ini ari dah sebulan lebih..dah boleh makan dan minum sndri..xde la risau sgt,cuma yg merisaukan adalah cuaca yg pns...air 2 botol pun xcukup beb..zass layan pic anak arnb..nak beli pun boleh.heheheh..mengikut ilmu tilikan yang baru den blaja ada 3 betina 4 jantan.kalau ada silap tu boleh tlg tnjk kan.


 sepasang nak tolak rm50

berminat boleh hubungi saye di 0173656759.bjb.area kajang-bangi-serdang...

Ahad, 14 Februari 2010

Arnab terbesar di dunia yang terbaru


alice biggest rabbitlagi dari universiti..Ini bukan cerita tentang Alice in Wonderland, tetapi Alice si arnab gergasi. Sebelum ini ibu dia iaitu Amy yang dikenali sebagai 'the Flemish Giant rabbit' adalah yang terbesar dalam rekod, tetapi sejak dia mati tidak lama dulu, sekarang ini anak dia pula yang pegang takhta.

Pemiliknya adalah Mrs. Annette Edwards yang berumur 56 tahun. Dia mengatakan bahawa Alice yang sudah berumur 18 bulan itu sudah lebih besar dari Amy, iaitu dengan saiz 3 kaki 3 inci. Dan rupa2nya arnab ini adalah arnab yang ketiga Puan Annette yang mencipta rekod dunia. Semuanya kerana saiz kegergasiannya. Yang pertama dulu dia berikan nama Roberto, saiz 3 kaki 6 inci dan mati pada tahun 2006. Mujur lah tuannya tak menjadi gergasi jugak.

Ada sesiapa lagi yang membela arnab sebesar itu? Nampak dah nak sama besar dengan anak kambing dah tu. Kalau ada sila lapor diri, kita masukkan dalam buku Kopi O Book of Record pula. . .......


Sumber : Pet Street

Sabtu, 13 Februari 2010

debat perdana

akhirnya,..beberapa perkara dah setel,..dh seminggu xon9,dpt pun kjp2 je angkara laptop kene virus,..tension la jugak kejap.tapi tu semua dah setel.
selain tu,aku juga telah berdebat dengan kawan2 aku kerna aku bela arnab..tah ape masalah tah yg mnjadi kan isu..dorang ramai,aku sorang..boleh la..bagi anak gajah pun tumbang.
lebih kurang macam ni la dialog yg aku ingt
dalam suasana petng,tgh lepak2 sambil tengok orang men takraw..
aku pun baru teringat yg pelet arnb abis,.

aku=gerak dulu nak g beli  mkanan arnb jp.
si A=ala,xbujang la balik awal2
si B=pelik2 je ko ni,tah pape,bela yg bukan2..
si C=dari ko bela arnb bgi die mkn baik ko bgi aku mkn.
aku=lagi membazir bagi ko makan..bukan susahkan sape2
si B=ko nk watpe arnb byk2?bek ko bela ayam lagi masyuk
aku= aku nk try jual la wat bisnes,xlaku aku boleh makan sendiri.
si B=ko nak jual kt sape?mane ada org mkn arnb ni
aku=sape2 jela..xcuba xtau
si B=ko bela la ayam,ramai yg nak
aku=sorang buat ayam 1 kampung nak wat bela aym??
si B=dah tu je yg untung
aku=otak korang ni tau tiru org je,org nk wat ikan,ko nak wt ikan,pstu 1 kmpng wat ikan,sorang bukak bengkel,1 kampung nak bukak bngkel,sorng bkk kedai,1 kampung nk bukak kedai,..cmne nak maju
si A=k la tu,rezeki dah kt situ
aku=pastu begado,ko potong jalan aku la pe la,ko jual murah la pe la..dah mask sgt la aku ngn org kmpng ni
si B=ala,baru bela cikit dah kecoh2
aku=cikit2 lame2 jdi bukit
si B=aku nak tengok bukit ko tu
si A=org ckp bela arnb ni cepat mati,betul ke?
aku=xla,k je aku bela
si B=dah la ko g la,kwn ngn arnab ko tu,ko kan xsuke tiru2
aku= bkn xtiru tapi pk secara logik la,xkan la aku nk bela kmbng,lembu,ayam kt dpn dgn blkng umh aku
bintng2 tu besar,kwasan kene bsar,xkn aku nak letak depan umh aku
si B=abis arnb ko tu xbesar?
aku=setkat 10 eko dpn 10 eko blkng muat la,ruang pun xmkn byk sgt.setakat suke2 isi masa lapang.
si B=pastu busuk
si C=ko ni cam pompuan je,men bela2 binatang
aku=ko bela arnb ke tau busuk ke x??xsalah pun aku bela2 ni..gune duit korang?
si B=dah ko tu wat bnde bukan2
aku=pk ke depan la bro..
si B=ko sorang je pndng depan,yg len pndng blkng
aku=suke ati ko la nk pndng mane2 pun
si A=dah la,ko g jela beli xyh lyn si B ni
aku=gerak dulu

dalam ati aku mmg bengang je..aku bukan gune duit dorang pun,xsusahkan sape2,asal buat len dari yg len je mesti ada je mulut yg nak wat isu...si B ni mmg penah buat ikan talapia,tapi dah 5 6 org kt kmpng aku tu buat,las2 semua lingkup.pastu bukak kedai moto,kt kmpung tu je dah 3 kedai moto..camne ko nak maju.memang kadang2 benda yang orang anggap remeh dan pelik orang akan anggap mengarut.tapi bile ko dah maju sok,baru la orang tau..aku bela pun tuk suke2 je,bljr dari cikit2 dulu,dah ada modal sok baru la wat besar2,tah pe yg mnjdi masalah th.pelik sangat ke aku bela arnab??mungkin kerna gaya dan sifat aku dorang telah meng ayam2 kn aku atau dalam dialek johornye menganjing!hahahaha.bia la..janji aku xsusahkan sape2..xmencuba xtau,dah cuba baru tau..





      

Jumaat, 5 Februari 2010

Arnab-arnab meriah dengan pakaian berhias




Pemilik memaparkan arnab mereka dalam kostum berhias di Pesta Arnab di bandar Yokohama (Rabbit Festa in Yokohama), Kanagawa, pinggiran bandar Tokyo, Jepun.





Memakai pakaian gila-gila dengan kacamata hitam







Pakaian seperti Snow White


Sumber - China View , Getty images

Rabu, 3 Februari 2010

Lompatan arnab, permainan pelik baru di Britain

 


Hobi pelik dan aneh baru, 'Rabbit Jumping' / lompatan arnab adalah hobi yang popular di  Sweden, Denmark dan USA. Ianya juga semakin popular di UK dan pertandingan lompatan pertama telah diadakan di Honley Show awal tahun lepas.

Rabbit Jumping UK adalah satu-satunya kelab lompatan arnab di negara tersebut dan bermula apabila pegawai bersara Maureen Hoyle melawat penternak arnab di Sweden dan mula mendapat inspirasi / ilham. 

Sukan yang masih jarang ini popular di sana dan di tempat lain di   Scandinavia. Maureen iaitu peminat arnab mengambil idea itu pulang ke tempatnya dan merayu orang lain agar menyertai kelabnya.  

Arnab-arnab dilatih oleh pemilik di rumah yang mana mereka melatih arnab melompat melepasi rintangan-rintangan seperti dalam sukan lompat pagar.

Pada hari Sabtu, ahli-ahli berjumpa di Yorkshire Event Centre di Harrogate, North Yorks. Mereka melayan pelawat yang menghadiri  Bradford Excel Small Animals Show untuk dua pertandingan lompatan arnab.

"Arnab-arnab menyukainya," kata Maureen, dari Huddersfield, West Yorks. "Arnab-arnab sangat cerdas dan ramai orang terkejut melihat apa yang mereka boleh lakukan."

"Arnab-arnab mesti melepasi lompatan tanpa menyentuh halangan tersebut."


"Dalam pertandingan yang lebih serius, halangan itu menyeimbangkan berat di bahagian atas dan akan jatuh jika arnab menyentuhnya. Ia akan menyebabkan penalti kepada masa keseluruhan arnab tersebut."


9 ekor arnab yang bertanding memakai pakaian seperti pakaian kuda dan dipandukan oleh pemiliknya dalam melakukan lompatan melalui  halangan.

Arnab yang menjadi juara dunia boleh melakukan lompatan hingga ketinggian 3 kaki. .

Isnin, 1 Februari 2010

bile bujang....

iye..bile orang bujang tinggal bujang..semua nak kena buat sendiri.balik2 keje,kemas2,mandi2 dan sewaktu dengannya perut pulak berdancing..nak beli kat kedai,ujan pulak,malas nak kua lagi pun nak kene save skrng ni..maklumla..ada benda dihajati..
bile orang bujang memasak?ape jadi?
rasanya sekarang ni dah xpelik pun..kite boleh tengok di kedai2 makan,kite tengok tukang masaknya..mesti laki,.so skrng ni laki dan pompuan dah xde beza dah,yg beza hanya boleh dan x boleh mengandung.hehehehe.
ni la menu orang bujang bile memasak.semua nak segera.asl ada rupa sudah..hahahah

 


semuanya serba segera..didalam masak memasak ni sebenarnya aku masih lagi mencari cara nak buat nasi kukus yg tetap sedap walaupun dah sejuk.sebab dari segi pemerhatian aku,xramai yg buat nasi kukus ni.tapi aku nak wat len cikit la dari yg org len buat.heheheh..dok goongle sahaja tanpa mencuba xkan jadi.aku pun try la jugak tapi masih kureng lagi..ni antara projek akan datang jika ada rezeki.mungkin mengambil masa lmbt cikit kot.practice make perfect..