Hobi pelik dan aneh baru, 'Rabbit Jumping' / lompatan arnab adalah hobi yang popular di Sweden, Denmark dan USA. Ianya juga semakin popular di UK dan pertandingan lompatan pertama telah diadakan di Honley Show awal tahun lepas.
Rabbit Jumping UK adalah satu-satunya kelab lompatan arnab di negara tersebut dan bermula apabila pegawai bersara Maureen Hoyle melawat penternak arnab di Sweden dan mula mendapat inspirasi / ilham.
Sukan yang masih jarang ini popular di sana dan di tempat lain di Scandinavia. Maureen iaitu peminat arnab mengambil idea itu pulang ke tempatnya dan merayu orang lain agar menyertai kelabnya.
Arnab-arnab dilatih oleh pemilik di rumah yang mana mereka melatih arnab melompat melepasi rintangan-rintangan seperti dalam sukan lompat pagar.
Pada hari Sabtu, ahli-ahli berjumpa di Yorkshire Event Centre di Harrogate, North Yorks. Mereka melayan pelawat yang menghadiri Bradford Excel Small Animals Show untuk dua pertandingan lompatan arnab.
"Arnab-arnab menyukainya," kata Maureen, dari Huddersfield, West Yorks. "Arnab-arnab sangat cerdas dan ramai orang terkejut melihat apa yang mereka boleh lakukan."
"Arnab-arnab mesti melepasi lompatan tanpa menyentuh halangan tersebut."
"Dalam pertandingan yang lebih serius, halangan itu menyeimbangkan berat di bahagian atas dan akan jatuh jika arnab menyentuhnya. Ia akan menyebabkan penalti kepada masa keseluruhan arnab tersebut."
9 ekor arnab yang bertanding memakai pakaian seperti pakaian kuda dan dipandukan oleh pemiliknya dalam melakukan lompatan melalui halangan.
Arnab yang menjadi juara dunia boleh melakukan lompatan hingga ketinggian 3 kaki. .
jalan2 tgk arnab kejap...hiihih
BalasPadamxkan tgk je?huhuhu
BalasPadamingat ni qabil ambak ker? nak jamming naik kuda dia lepaskan kayu tu. hahahha
BalasPadampelik sungguh..
aloh3... nanti arnab tu ada muscle2 ketul2 kat kaki.. nampak gagah je.. ilang comel.. huuu ;)
BalasPadamkalau nmpk muscle tu baru terbukti kewibawaan pnjg arnb tu.sihat,daging pun byk.huhuhu
BalasPadamIde lompatan arnab bagus juga, tapi melatihnya bagaimana.
BalasPadamsaye pun xtau.xpakar lagi
BalasPadam