Rabu, 13 Januari 2010

pelik tapi benar.hahaha

pagi2 tadi setelah siap2 nak g koje,cam bise la aku bgi arnab dan haiwan2 lain mkn,time nak bagi kt si ibu beranak 2 2,tengok beliau telah mencabut bulu,padahal dah 3 ari dh beranak,time beranak dulu xnak pulak beliau cabut bulu.xkan nak beranak lagi kot.pelik3..

nsb bek smpai arini 7 7 msih idup.tapi jao lagi perjalanannye,heeheheh

7 ulasan:

  1. Salam dari kami http://firestarting automobil blogspot.com

    eeeemmmm ya lah mmg pelik..... kalau dia nak beranak mmg dia cabut bulu dia... aku pun tak taulah

    mungkin dia hari tu arnab tu tak sempat buang bulu kut.... pasal nak bagi anak dia susu ibulah tak jumpa.... tu yang dia bersihkan bulu dia tu....

    TEMPOH BUNTING
    Tempoh bunting arnab betina antara 29 hingga 31 hari. Bunting berat adalah pada minggu keempat. Pada peringkat ini kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar arnab tersebut. Tujuannya adalah supaya arnab tersebut dapat menyesuaikan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.

    Tanda-tanda arnab telah hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27 – 29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahagian bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut. Elok sekiranya pembela membubuhkan cebisan kertas surat khabar yang telah di potong-potong bagi membantu pembentukan sarang.

    Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan diganggu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.

    BUNTING PALSU
    Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil “bunting palsu” keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 – 17, pada masa tu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan ini dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.

    ANAK ARNAB
    Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.
    Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana bau lain pada badan anaknya.
    Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu) buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.
    Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur 14 – 16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.

    MASA MENYUSU ANAK
    Ibu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan (colostrums). Oleh kerana pemberian susu hanya sekali atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anakmya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.
    Ibu angkat
    Sekiranya bilangan anak melebehi putting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan putting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat.
    Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu arnab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu ditandakan dengan warna pada bahagian kepala.
    Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak arnab tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.
    Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibody untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu biasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2 – 4 minggu.

    BalasPadam
  2. mak ai.. copy paste dari jab vet ka ni.. hihi

    BalasPadam
  3. af-thank bro,cam ada pengalam je bela arnab.
    dj-hahahha.ok gak copy paste ni,

    BalasPadam
  4. tahniah la yerk.. emph.. baby guinea pig aq mati plak. x tau la balik kejer jer tengok 3 baby tu dah x bernyawa. baru lahir coz darah msih ada lagi.. uh.. sedid sesangat. semalam winter white beranak 7 ekor.. makin bertambah koleksi hamster aq yerk. rat kat umah tu ada 15 baby tau..

    BalasPadam
  5. bintang-asl mati lak?baru lahir ke?hmster ko byk dah 2,dh lh jual!huhuhu

    BalasPadam
  6. Salam dari http://firestartingautomobil.blogspot.com

    thanks ye.... ape pun aku bukan coppy and paste aje.... cuba lihat kat blog entry aku klik pada

    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    ini blog aku satu lagi.... (walaupun blog ni agak lama tak up date) aku tak sempatlah nak update pasal aku sibuk ngan blog bengkel aku....

    insya Allah aku klu ade masa aku akan updatekan blog pasal veterinar ni....

    BalasPadam